SIGNIFIKAN WARNA MERAH DALAM PERAYAAN TAHUN BARU CINA | KOLEJ PENDETA ZA'BA
» ARTIKEL » SIGNIFIKAN WARNA MERAH DALAM PERAYAAN TAHUN BARU CINA

SIGNIFIKAN WARNA MERAH DALAM PERAYAAN TAHUN BARU CINA

Tahun Baharu Cina kini tiba lagi.

Tahun Baharu Cina disambut dengan tujuan untuk meraikan kelahiran tahun baharu mengikut calendar luna. Sambutan ini terbahagi kepada 12 kitaran tahun yang dipanggil Zodiak Cina dan dihimpun oleh pelbagai nama-nama haiwan.

Pada tahun ini merupakan kitaran tahun naga yang membawa simbol kekuatan,kehormatan, kejayaan dan keruntungan.

Masyarakat berbangsa cina khususnya pasti akan menyambut meriah tahun baharu cina ini memandangkan sambutan ini hanya datang setiap satu tahun sekali. Amalan-amalan dan kepercayaan unik semasa menyambut perayaan ini pasti akan diadakan dengan penuh bermakna. Antara amalan yang wajib dilakukan ialah berkumpul ramai-ramai dalam kalangan ahli keluarga untuk jamuan makan besar serta amalan yang sudah berkahwin ataupun sudah tua memberikan angpau kepada sanak saudara, rakan dan jiran. Amalan memberi angpau ini menunjukkan kebahagian yang berpanjangan. Selain itu, tarian singa, tarian tradisi yang popular dalam kalangan bangsa cina akan ditarikan dari rumah ke rumah dengan tujuan untuk memberi berkat serta kesejahteraan kepada keluarga penganut.

Namun begitu, sedarkah anda bahawa warna merah sememangnya signifikan dengan sambutan Tahun Baru Cina? Mereka akan menghias rumah mereka dengan perhiasan budaya seperti tanglung dan sebagainya dengan warna merah. Apakah mempunyai maksud yang tersendiri warna merah ini dengan amalan dan kepercayaan masyarakat cina dengan sambutan Tahun Baharu Cina? Artikel pada kali ini akan merungkai tentang signifikannya warna merah itu dengan sambutan Tahun Baharu Cina dan masyarakat cina.

Warna Merah Warna Yang Ong

Warna merah dalam masyarakat cina dianggap warna yang beruntung atau ong. Hal ini dikatakan demikian kerana, warna dalam Bahasa Mandarin dipanggil Hong, dan bunyinya seperti ong  yang membawa maksud keberuntungan. Warna merah ini akan dipastikan menjadi tema warna untuk menyambut Tahun Baharu Cina tidak kira dari segi pakaian sehingga ke perhiasan rumah. Orang cina juga berpegang pada warna merah melambangkan api.  Warna merah juga merupakan warna kebangsaan iaitu di negara China bendera mereka juga merupakan warna merah. Selain itu, warna merah memberikan kebahagiaan, keindahan, gaya hidup, membawa nasib baik, kejayaan serta bertuah.

Pada sambutan Tahun Baharu merupakan satu kebahagiaan dalam kalangan ahli keluarga, justeru, penggunaan warna merah ini boleh memberikan simbol kepada mereka sebagai kebahagiaan dan kesyukuran dalam menyambut perayaan. Warna merah merupakan warna yang terang dan ini boleh memberikan keindahan kepada si pemakai. Kebanyakan orang cina berkulit kuning langsat dan apabila mereka mengenakan warna merah, seri di wajah dapat dinaikkan dan dapat menunjukkan keindahan seseorang. Tuntasnya, memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa warna merah ini mendatangkan banyak faedah dan kepentingan kepada bangsa cina terutamanya apabila menyambut Tahun Baharu Cina. Pernahkah anda mendapat angpau daripada kenalan yang berbanngsa cina?

Pernahkah anda terfikir, mengapa mereka menggunakan sampul yang berwarna merah? Siginifikan warna merah dengan Tahun Baharu Cina sememenganya tidak asing lagi. Mengikut kepercayaan masyarakat cina, pemberian angpau berwarna merah merupakan membawa maksud keuntungan. Wang yang diisikan di dalam angpau tersebut pula haruslah mempunyai huruf genap dan bukannya ganjil. Hal ini dikatakan demikian kerana, huruf ganjil akan membawa sial atau malang kepada manusia. Selain itu, jumlah yang ganjil juga membawa maksud pengebumian.

Nian Takut Akan Warna Merah

Nian atau binatang yang bersaiz raksasa takut akan warna merah. Umum mengetahui masyarakat cina akan akan menggantung tanglung berwarna merah di hadapan pintu rumah dan tingkap beberapa hari sebelum menyambut Tahun Baharu. Hal ini dikatakan demikian kerana, banyak lagenda yang didengar bahawa terdapat seekor raksasa yang akan mengganas menghancurkan rumah dan bagi mengelakkan perkara ini berlaku perlulah menggantung tanglung berwarna merah di hadapan rumah. Makhluk ini dipercayai takut akan benda yang berwarna merah.

Sebagai kesimpulan, warna merah sememangnya tidak asing lagi dalam masyarakat cina. Sebagai masyarakat majmuk di Malaysia, kita seharusnya saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Sambutan Tahun Baharu Cina pasti akan lebih meriah sekiranya disambut bersama-sama tanpa mengira penganut dan bangsa. Lihat dari sudut definisi sambutan Tahun Baharu Cina itu sendiri iaitu memberi dan mengekalkan kemakmuran. Cukup sekadar kita sebagai bangsa Malaysia menghormatinya kerana serumpun bak serai, sesusun bak sirih.

 

Tarikh Input: 15/02/2024 | Kemaskini: 15/02/2024 | norazlinazul

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ PENDETA ZA'BA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7387
00000
SXEcFAM~