PERATURAN KEDIAMAN PELAJAR UPM
- Kebersihan rumah/bilik adalah tanggungjawab bersama. Penghuni hendaklah memastikan rumah atau bilik sentiasa dalam keadaan kemas dan bersih.
- Sampah setiap bilik hendaklah dibuang ke dalam tong sampah awam di luar rumah/bilik setiap hari.
- Dilarang membuang segala jenis sampah/barang melalui tingkap.
- Cadar dan sarung bantal mesti digunakan setiap masa.
- Dilarang menampal, menconteng dan mengotor permukaan perabot, dinding dan sebagainya.
- Menyidai pakaian hanya di ampaian yang disediakan.
- Suis lampu dan kipas hendaklah dimatikan apabila meninggalkan bilik.
- Dilarang membuat atau mengubahsuai sambungan elektrik/internet.
- Peralatan elektrik yang dibenarkan adalah radio(watt sederhana), pengecas bateri telefon bimbit, komputer dan pencetak.
- Dilarang membawa dan memelihara binatang peliharaan (pets) dalam rumah/bilik.
- Dilarang memasak dalam blok kediaman.
- Penghuni tidak dibenarkan memindah, menukar atau mengubahsuai setiap peralatan yang ada di rumah/bilik.
- Semua kerosakan hendaklah dilaporkan ke Pejabat Am Kolej dengan segera.
- Penghuni rumah/bilik dilarang menumpangkan orang lain tinggal bersama tanpa kebenaran pihak Pengurusan Kolej.
- Tidak dibenarkan bertukar rumah/bilik/partition tanpa kebenaran Pengetua Kolej.
- Dilarang membawa atau menyimpan minuman keras, dadah, bahan-bahan lucah, senjata dan merokok.
- Dilarang membuat bising dan mengganggu ketenteraman awam.
- Kemudahan dan keadaan rumah/bilik anda telah direkodkan. Pemeriksaan inventori bilik akan dilakukan pada setiap sesi. Penghuni yang berdaftar pada bilik berkenaan akan menanggung denda perilaku sebanyak RM50.00 (Ringgit Malaysia: Lima Puluh sahaja) atau kos baikpulih/ ganti (mengikut harga semasa) jika kerosakan pada kemudahan bilik disebabkan vandalisme oleh penghuni bilik atau tindakan mandatori dibuang kolej sekiranya melanggar peraturan kolej sebagaimana yang telah ditetapkan.
- Penghuni dilarang membawa masuk pelajar/orang luar yang berlainan jantina ke rumah/bilik.
- Penghuni yang melanggar peraturan kediaman pelajar akan dikenakan tindakan berdasarkan Arahan Tetap Kolej Kediaman Pindaan 2015 atau boleh dikenakan tindakan mandatori di buang kolej.
Sumber : AUKU 1971, Perlembagaan UPM Kaedah-kaedah UPM (Tatatertib Pelajar- Pelajar) 2005 Perintah Tetap Universiti Putra Malaysia (Kolej Kediaman)(Kolej Pendeta Za’ba) 2015 (hasil resolusi dari Bengkel Peraturan Kolej Kediaman 2016 pada 26 Februari 2016)