QAMAR PENDETA PRODUCTION JOHAN PERTANDINGAN FESTIVAL FILEM PENDEK INTERKOLEJ (FESFIK) 2023 | KOLEJ PENDETA ZA'BA
» NEWS » QAMAR PENDETA PRODUCTION JOHAN PERTANDINGAN FESTIVAL FILEM PENDEK INTERKOLEJ (FESFIK) 2023

QAMAR PENDETA PRODUCTION JOHAN PERTANDINGAN FESTIVAL FILEM PENDEK INTERKOLEJ (FESFIK) 2023

SERDANG, 27 Oktober - Kolej Pendeta Za'ba (KPZ) melalui Qamar Pendeta Production telah dinobatkan sebagai Johan bagi Festival Filem Pendek Interkolej (FESFIK) 2023 yang dianjurkan oleh Kolej Tan Sri Aishah Ghani pada Malam Anugerah FESFIK 2023 bertempat di Panggung Percubaan, PKKSSAAS, Universiti Putra Malaysia.

 

Pertandingan FESFIK ini merupakan sebuah program yang melibatkan penyertaan dari semua kolej kediaman UPM bagi mencungkil bakat seni produksi dalam kalangan mahasiswa.

 

Qamar Pendeta Production melalui cerita bertajuk 24K telah memenangi 3 anugerah sampingan iaitu Anugerah Suntingan Terbaik, Anugerah Penyampaian Mesej Terbaik, dan Anugerah Pelakon Perempuan Terbaik yang diterima oleh Syahira Mohd Shahril dan sekaligus diangkat selaku Johan pertandingan ini.

 

Tahniah diucapkan kepada Qamar Pendeta Production diatas kejayaan yang berjaya mengharumkan nama kolej diperingkat UPM ini.

 

Diharapkan agar pencapaian ini dapat dijadikan sebagai satu pembakar semangat bagi ahli Kolej Pendeta Za’ba yang lain untuk semua pertandingan yang akan datang.

Ahli Qamar Pendeta Production yang terlibat dengan penggambaran 24K seusai habis penggambaran babak terakhir.

 

Qamar Pendeta Production setelah pengumuman pemenang pada Malam Anugerah FESFIK 2023.

Kru Qamar Pendeta Production sewaktu penggambaran.

Oleh: Ellis Syaqira

Date of Input: 08/11/2023 | Updated: 08/11/2023 | naterah

MEDIA SHARING

KOLEJ PENDETA ZA'BA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7387
00000
SXEdDAl~