Kiosk Kolej Pendeta Za'ba

 

 

Kiosk Kolej Pendeta Za'ba telah mula beroperasi sejak tahun 2005. Bermula sejak itu, kiosk ini diuruskan sepenuhnya oleh petugas-petugas yang dilantik daripada kalangan pelajar Kolej Pendeta Za'ba. Kiosk Kolej Pendeta Za'ba menjalankan aktiviti menjual pelbagai barangan keperluan dan juga makanan ringan kepada para pelajar. Penubuhan kiosk merupakan wadah untuk melahirkan generasi usahawan dan memupuk minat keusahawanan di Kolej Pendeta Za'ba.