| KOLEJ PENDETA ZA'BA

PROGRAM KPZ BERSELAWAT

Exco Kerohanian Dan Pembangunan Insniah MTM KPZ akan menganjurkan PROGRAM KPZ BERSELAWAT pada 11 November 2016. Program ini akan diadakan di Gelanggang Futsal Kolej Pendeta Za'ba. Ini merupakan program yang julung kalinya diadakan di KPZ yang bertujuan untuk meningkatkan kecintaan kepada nabi junjungan umat islam, Nabi Muhammad S.A.W dan seterusnya untuk menanamkan rasa tanggungjawab yang tinggi dalam diri setiap pelajar muslim. Ia juga dapat menimba ilmu dan memperjuangkan agama melalui ilmu - ilmu yang telah dipelajari sepanjang pengajian di universiti. Aktiviti - aktiviti yang ada dalam program ini Solat fardhu Maghrib dan Isyak berjemaah serta solat sunat hajat, Bacaan Yasin dan Maksurat, KPZ berselawat dan Bual bicara " Rasuluallah & Mahasiswa" Diharapkan agar aktiviti 'KPZ BERSELAWAT' ini akan membentuk mahasiswa yang lebih istiqamah dalam melaksanakan amal kebaikan di samping dapat mengeratkan lagi ikatan persaudaraan. Selain itu, berjaya mewujudkan suasana bi'ah soleh dalam kalangan mahasiswa di Kolej Pendeta Za'ba dan warga UPM secara amnya.

SXDdSAH~