KOLEJ PENDETA ZA'BA DINOBATKAN JOHAN PERTANDINGAN WAR CRY INTERKOLEJ | KOLEJ PENDETA ZA'BA
» BERITA » KOLEJ PENDETA ZA'BA DINOBATKAN JOHAN PERTANDINGAN WAR CRY INTERKOLEJ

KOLEJ PENDETA ZA'BA DINOBATKAN JOHAN PERTANDINGAN WAR CRY INTERKOLEJ

 

SERDANG, 9 Oktober -   Kolej Pendeta Za’ba telah menghantar seramai 100 orang pelajar tahun satu Kolej Pendeta Za’ba (KPZ) Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk menyertai Pertandingan War Cry Interkolej pada 7 Oktober yang lalu di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS).

 

Pertandingan ini diadakan dalam slot Putra Souq 2023 bersempena dengan Minggu Perkasa Putra 2023 iaitu minggu orientasi pelajar baharu kemasukan sesi akademik 2023/2024 yang bertujuan untuk memperkenalkan pelajar baharu dengan UPM.

 

Tujuan pertandingan ini diadakan adalah bagi menyemarakkan semangat cinta akan kolej melalui sorakan. Pasukan sorak ini terdiri daripada 60 orang pelajar lelaki dan 40 orang pelajar perempuan tahun satu dan telah dinobatkan selaku Johan dalam Pertandingan War Cry Interkolej Putra Souq 2023 ini daripada 9 kolej lain yang turut bertanding dalam pertandingan ini.

 

Pasukan ini diketuai oleh saudara Taufik Iskandar dan saudari Siti Balqis selaku penghulu dan penghuluwati bagi pelajar baharu pada sesi akademik 2023/2024 sepanjang Minggu Perkasa Putra. Ternyata mereka berjaya menggalas tanggungjawab ini membawa nama KPZ sekaligus mengharumkan nama kolej yang tercinta ini.

 

"Saya merasa bangga dengan pencapaian yang dilakar oleh pelajar baharu sesi akademik 2023/2024 ini dan berharap agar semangat yang mereka miliki ini berkekalan sehingga ke hujung pengajian mereka sehingga dapat mengharumkan nama Kolej Pendeta Za’ba dan seterusnya Universiti Putra Malaysia", kata saudara Noor Hayatullah Noor Mazli, Presiden Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Pendeta Za’ba sewaktu di temubual selepas tamat sesi penyampaian hadiah.

Pasukan War Cry Interkolej, Kolej Pendeta Za'ba setelah persembahan mereka.

 

 Ahli Kolej Pendeta Za'ba bersama YBrs. Lt. Kol. Bersekutu (PA) Prof. Madya Dr. Mohamad Azani Alias (Pengetua KPZ), barisan felo KPZ, dan MPK KPZ.

 

Oleh: Ellis Syaqira

Tarikh Input: 08/11/2023 | Kemaskini: 08/11/2023 | naterah

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ PENDETA ZA'BA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7387
00000
SXEdDAl~