SERDANG, 22 Januari 2024 - Kolej Pendeta Za’ba telah menjalankan Hari Anugerah Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) peringkat PTJ 2023/2024. Hari Anugerah merupakan pengiktirafan kepada warga KPZ yang melaksanakan dan mengamalkan EKSA di tempat kerja dan sekitar kawasan KPZ. Usaha dan komitmen staf, pelajar dan felo bagi memastikan persekitaran tempat kerja yang kondusif sejajar dengan visi EKSA.
Terdapat lima (5) kategori yang dipertandingkan iaitu ruang kerja staf terbaik, sudut terbaik, ruang terbaik, stor terbaik dan blok kediaman terbaik. Pengurusan Kolej Pendeta Za'ba sentiasa menyokong usaha dalam memastikan amalan EKSA dapat dijalankan untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti perkhidmatan terutamanya menjurus kepada kolej kediaman.
Tarikh Input: 23/01/2024 | Kemaskini: 06/02/2024 | naterah
KOLEJ PENDETA ZA'BA
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA,
43400 UPM SERDANG,
SELANGOR DARUL EHSAN