FESTIVAL ZAPIN INTERKOLEJ 2017

Kolej Pendeta Za’ba telah menghantar sepasukan penari bagi menyertai Festival Zapin Interkolej 2017. Pasukan ini telah diberi nama Adikarawangsa dan terdiri daripada 10 orang penari di mana empat orang penari merupakan pelajar asasi, seorang penari merupakan pelajar tahun pertama, dua orang penari merupakan pelajar tahun kedua, seorang penari merupakan pelajar tahun ketiga dan dua orang lagi merupakan pelajar tahun akhir. Tahun ini, pasukan Adikarawangsa telah mempamerkan seni tarian Zapin Ghalit dalam Festival Zapin Interkolej 2017 dengan ajaran Cikgu Faizuan Bin Mohamad yang merupakan Presiden Kelab Senitari Adimastuli UPM dalam sesi tahun 2006/2007. Walaupun pasukan Adikarawangsa tidak mendapat tempat dalam pertandingan tahun ini, para penari tetap berpegang kepada hubungan antara satu sama lain yang telah dieratkan sepanjang pengalaman ini. Pengalaman ini telah memberikan satu memori yang indah kepada para penari walaupun tidak mencapai target yang diingini, namun “bonding” pasukan merupakan hadiah yang paling berharga dalam pengalaman ini. Adikarawangsa akan terus berjuang untuk kolej tercinta pada tahun hadapan dan mereka tidak akan berputus asa dalam bidang seni tarian ini.