KATA ALU-ALUAN PENGETUA

Saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T, dengan izinNya laman sesawang Kolej Pendeta Za'ba dapat dihasilkan selari dengan keperluan dan perkembangan teknologi semasa.

        Aktiviti-aktiviti kolej ini telah dapat direalisasikan dengan adanya para penghuni yang cergas, berwibawa serta kerjasama mantap di antara pihak pengurusan kolej, Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UPM serta pihak fakulti.

        Selain daripada itu, pentadbiran kolej yang diketuai oleh pengurus, felo dan staf sokongan yang sentiasa komited dalam memastikan segala infrastruktur dan persekitaran dalam keadaan yang kondusif dan mesra penghuni. Ini merupakan sebahagian daripada pemangkin supaya penghuni khususnya pelajar yang menginap di Kolej Pendeta Za'ba akan mencapai kejayaan yang cemerlang samada dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Faktor ini adalah sesuai dan selari dengan moto kolej ini, "Hanya Yang Terbaik". Lantaran itu sudah pasti Kolej Pendeta Za'ba akan dapat melahirkan para professional yang bertahap tinggi dan akan sentiasa berjasa kepada pihak universiti dan negara.

        Akhir kata, saya berharap agar penghuni kolej ini dapat bijak mengimbangi keperluan akademik, kokurikulum, dan tanggungjawab terhadap kolej. Para penghuni perlu meningkatkan kecemerlangan diri dan tahap profesionalisme untuk memastikan kolej ini akan menjadi pusat penyemai nilai-nilai murni dan simbol kecemerlangan ilmu serta kemahiran insaniah selaras dengan falsafah Universiti Putra MalaysiaKementerian Pengajian Tinggi dan negara tercinta, Malaysia.


Prof. Madya Dr. Farinazleen Mohamad Ghazali
Pengetua
Kolej Pendeta Za'ba, Universiti Putra Malaysia